"THE SOLID ROCKS"
 
GARY ALEXANDER NEVILLE
Gary Neville dilahirkan pada 18 Februari 1975 di Bury, Lancashire. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 10 inci. Bermain di bahagian pertahanan kanan Manchester United. Dia juga boleh bermain di bahagian tengah pertahanan pasukan Man Utd. Memakai jersi bernombor 2 dan bermain kali pertama untuk Man Utd menentang Torpedo Moscow dalam perlawanan Piala UEFA pada 16 September 1992. Gary berasal daripada skuad remaja Manchester United. Dia menyertai Man Utd secara profesional pada Januari 1993. Gary telah mewakili Engaland sebanyak 66 kali.
 
________________________________________________________________________
 
 
MIKAEL SILVESTRE
Mikael Silvestre dilahirkan pada 9 Ogos 1977 di Chambray-Les-Tours, France. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki. Bermain di bahagian kiri Manchester United. Namun, Silvestre juga boleh bermain di bahagian tengah pertahanan pasukan dengan baik. Dia menyarung jersi bernombor 27dan bermain kali pertama untuk Man Utd dalam perlawanan menentang Liverpool untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 11 September 1999. Silvestre dibeli daripada pasukan Inter MIlan dengan yuran perpindahan sebanyak RM 24.5 juta. Silvestre telah mewakili Perancis sebanyak 33 kali dengan berjaya menjaringkan 2 gol utk pasukan Perancis
 
________________________________________________________________________
 
 
RIO GAVIN FERDINAND
Rio Ferdinand dilahirkan pada 7 November 1978 di Dulwich, London. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki 3 inci. Bermain di bahagian pertahanan tengah Manchester United. Memakai jersi bernombor 5 dan bermain kali pertama untuk Man Utd menentang Zalaegerszeg dalam perlawanan pusingan Piala Juara-Juara Eropah pada 27 Ogos 2002. Ferdinand merupakan pemain pertahanan termahal di dunia apabila Man Utd membayar sebanyak RM203.7 juta kepada kelab lamanya yakni juga musuh tradisi Man Utd, Leeds United. Ferdinand telah mewakili England sebanyak 31 kali dan berjaya menjaringkan 1 gol untuk pasukan England
 
________________________________________________________________________
 
 
JOHN O'SHEA
Rio Ferdinand dilahirkan pada 30 April 1981 di Waterford, Republic of Ireland. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki 3 inci. Bermain di bahagian pertahanan kiri Manchester United. O'Shea juga boleh bermain di bahagian tengah pertahanan. Memakai jersi bernombor 22 dan bermain kali pertama untuk Man Utd menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 13 Oktober 1999. John O'Shea menyertai Man Utd secara profesional pada tahun 1998. Dia telah mewakili Republic of Ireland sebanyak 13 kali dan berjaya menjaringkan 1 gol.
 
________________________________________________________________________
 
 
GABRIEL HEINZE
Gabriel Heinze dilahirkan pada 19 Mac 1978 di Crespo, Argentina. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki 3 inci. Bermain di bahagian pertahanan kiri Manchester United. Heinze juga boleh bermain di bahagian tengah pertahanan. Memakai jersi bernombor 4. Heinze merupakan pemain pertahanan yang baru dibeli oleh Manchester United bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan pasukan musim ini. Man Utd membayar RM 48.3 juta kepada kelab asalnya Paris Saint German. Heinze menjadi pemain Man Utd yang sah pada Jun 2004.
 
________________________________________________________________________
 
 
PHILIP ALEXANDER NEVILLE
Phil Neville dilahirkan pada 21 Januari 1977 di Bury, Lancashire. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci. Bermain di bahagian pertahanan kiri Manchester United. Heinze juga boleh bermain di bahagian kanan pertahanan. Memakai jersi bernombor 3. Phil merupakan adik kepada Gary Neville. Dia juga berasal daripada skuad remaja Man Utd. Bermain kali pertama untuk Man Utd ketika menentang Wrexham pada 28 Januari 1995 di Old Trafford. Dia telah mewakili England sebanyak 49 kali.
 
________________________________________________________________________
 
 
WESLEY BROWN
Wes Brown dilahirkan pada 26 Mac 1979 di Manchester. Dia mempunyai ketinggian 6kaki. Bermain di bahagian pertahanan kanan Manchester United. Heinze juga boleh bermain di bahagian tengah pertahanan. Memakai jersey bernombor 6. Brown menyertai skuad remaja Man Utd pada Julai 1996 dan mengikat kontrak profesional pada November 1996, yakni 4 bulan selepas itu. Dia telah bermain kali pertama untuk United menentang Leeds United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 4 May 1998 di Old Trafford. Berjaya mewakili England sebanyak 7 kali.
 
 
 
Back to THE TEAM page
Go to THE PLAYMAKER page