"THE PLAYMAKER "
 
CRISTIANO RONALDO DOS SANTOS AVERIO
Ronaldo dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Funchal, Madeira. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki 1 inci. Bermain di bahagian sayap kanan Manchester United. Memakai jersi bernombor 7 dan bermain kali pertama untuk Manchester United menentang Arsenal untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos 2003. Ronaldo merupakan pemain remaja termahal tahun 2003 apabila Man Utd membelinya dari kelab Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan sebanyak RM 86.1 juta. Ronaldo dianggap dapat mengisi sayap kanan yang telah ditinggalkan oleh David Beckham. Dia telah berjaya mewakili Portugal sebanyak 10 kali dan menjaringkan 2 gol.
 
________________________________________________________________________
 
 
RYAN JOSEPH GIGGS
Ryan Giggs dilahirkan pada 29 November 1973 di Cardiff, Wales. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci. Bermain di bahagian sayap kiri Man Utd dan juga boleh bermain di bahagian penyerang. Menyarung jersi bernombor 11 dan bermain kali pertama untuk Man Utd pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton pada 3 Mac 1991. Merupakan pemain skuad remaja Man Utd. Merupakan pemain yang mempunyai kepakaran mengelecek dengan pantas. Giggs telah mewakili Wales sebanyak 47 kali dan telah berjaya menjaringkan 8 gol bersama mereka.
 
________________________________________________________________________
 
 
PAUL SCHOLES
Paul Scholes dilahirkan pada 16 November 1974 di Salford, Manchester. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 7 inci. Bermain di bahagian tengah Manchester United serta boleh bermain di posisi penyerang. Memakai jersi bernombor 18 dan bermain penuh kali pertama untuk Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris menentang Ipwish Town pada 24 September 1994. Dia telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Menyertai skuad remaja United pada 8 Julai 1991 dan menandatangani kontrak profesional pada 23 Julai 1993. Scholes mewakili England dan telah berjaya menjaringkan 14 gol untuk pasukan Three Lions tersebut.
 
________________________________________________________________________
 
 
ROY MAURICE KEANE
Roy Keane dilahirkan pada 10 Ogos 1971 di Cork, Republic of Ireland. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci. Bermain di bahagian tengah Manchester United serta boleh bermain di posisi pertahanan tengah. Merupakan ketua pasukan Man Utd. Memakai jersi bernombor 16. Roy Keane dibeli daripada pasukan Nottingham Forest dengan yuran perpindahan sebanyak RM 26.6 juta. Mengambil alih tugas ketua pasukan apabila Eric Cantona bersara daripada arena bolasepak. Dia mewakili negaranya, Republic of Ireland sebanyak dan berjaya menjaringkan gol sebanyak kali.
 
________________________________________________________________________
 
 
JOSE KLEBERSON PEREIRA
Kleberson dilahirkan pada 19 Jun 1979 di Urai, Brazil. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 9 inci. Bermain di bahagian tengah Manchester United serta boleh bermain di posisi sayap kanan. Memakai jersi bernombor 15. Kleberson dibeli daripada pasukan Atletico Paranaense, Brazil dengan yuran perpindahan sebanyak RM 41.3 juta. Kleberson merupakan pemain Brazil yang memiliki cara permainan Eropah yang mana telah mendapat perhatian banyak kelab bolasepak Eropah, termasuk Leeds United. Dia telah mewakili negaranya Brazil sebanyak 20 kali dan tealh berjaya menjaringkan 2 gol. Dia juga merupakan anggota skuad Piala Dunia Brazil ketika Brazil dinobatkan sebagai juara pada 2002.
 
________________________________________________________________________
 
 
ERIC DJEMBA-DJEMBA
Eric Djemba-Djemba dilahirkan pada 4 May 1981 di Douala, Cameroon. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 9 inci. Bermain de bahagian tengah Man Utd. Merupakan pemain yang mempunyai gaya permainan yang lasak, mirip Roy Keane. Idolanya ialah Eric Cantona dan dia dikenali sebagai 'Little Cantona' ketika zaman kanak-kanaknya. Menyarung jersi bernombor 19 dan bermain kali pertama untk United pada perlawanan Charity Shield menentang Arsenal pada 10 Ogos 2003. Djemba-Djemba telah dibeli daripada kelab Nantes dengan yuran perpindahan sebanyak RM 29.4 juta. Dia mewakili negaranya, Cameroon sebanyak 11 kali.
 
________________________________________________________________________
 
 
DARREN FLETCHER
Darren Fletcher dilahirkan pada 1 Februari 1984 di Edinburgh. Dia mempunyai ketinggian 6 kaki. Bermain di bahagian sayap kanan dan kiri Manchester United. Memakai jersi bernombor 24 dan bermain kali pertama untuk Manchester United dalam Liga Juara Juara Eropah menentang FC Basel pada 12 Mac 2003. Menyertai skuad remaja United pada Julai 2000 dan menandatangani kontrak profesional pada Februari 2001. Pernah menjadi ketua pasukan Scotland ketika berumur 19 tahun. Dia mewakili Scotland sebanyak 6 kali dan berjaya menjaringkan 1 gol.
 
________________________________________________________________________
 
 
LIAM MILLER
Liam Miller dilahirkan pada 13 Februari 1981 di Cork, Republic of Ireland.. Dia mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci. Bermain di bahagian sayap bahagian tengah Manchester United. Memakai jersi bernombor 17 dan bermain kali pertama untuk Manchester United dalam pusingan kelayakkan Liga Juara Juara Eropah menentang Dinamo Bucurest pada 11 Ogos 2004. Miller berasal dari tempat yang sama dengan Roy Keane. Dia menyertai Man Utd secara percuma setelah dilepaskan oleh kelab asalnya, Celtic. Miller telah bermain untuk pasukan negaranya sebanyak 4 kali.
 
 
 
Back to THE TEAM page
Go to THE KILLING MACHINE page