"THE KILLING MACHINE"
 
RUUD VAN NISTELROOY
Nama penuh Ruud adalah Rutgerus Johannes Martinius Ruud Van Nistelrooy. Dia dilahirkan pada 1 Julai 1976 di Oss, Holland. Memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci. Dia menyarung jersi bernombor 10 dan bermain di bahagian posisi serangan Man Utd. Mula bermain untuk Man Utd pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham pada 19 Ogos 2003. Dia menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pertamanya bersama United. Ruud dibeli dengan harga perpindahan sebanyak RM 133 juta dari kelab PSV Eindhoven. Menjadi penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris pada tahun 2002/2003 dengan jumlah 25 gol dan pemain terbaik tahunan musim itu. Dia mewakili Holland sebanyak 36 kali dan tlah menjaringkan 16 gol untuk pasukannya itu.
 
________________________________________________________________________
 
 
LOUIS SAHA
Lois Saha dilahirkan pada 8 Ogos 1978 di ibu kota Paris, Perancis. Dia memiliki ketinggian 6 kaki. Menyarung jersi bernombor 9 dan bermain di bahagian posisi serangan Man Utd. Bermain kali pertama untuk United menentang Southampton dalam perlawanan Liga Perdan Inggeris pada 31 Januari 2004. Saha telah dibeli dari kelab Fulham dengan yuran perpindahan sebanyak RM 89.6 juta. Dia tlah berjaya menjaringkan 7 gol dalam 10 perlawanannya musim 2003/2004. Dia bermain untuk negaranya, Perancis sebanyak 4 kali dan telah berjaya menjaringkan 2 gol.
 
________________________________________________________________________
 
 
ALAN SMITH
Alan Smith dilahirkan pada 20 Oktober 1980 di Rothwell, Leeds. Memiliki ketinggian 5 kaki 8 inci. Dia menyarung jersi bernombor 14 dan bermain di bahagian posisi serangan Man Utd. Mula bermain untuk Man Utd pada perlawanan Piala Community Shiled menentang Arsenal pada 8 Ogos 2004. Dia menjaringkan 1 gol dalam perlawanan pertamanya bersama United. Smith dibeli dengan harga perpindahan sebanyak RM 49 juta dari kelab Leeds United. Dia pernah mewakili England sebanyak 8 kali dan berjaya menjaringkan 1 gol.
 
________________________________________________________________________
 
OLE GUNNAR SOLSKJAER
Ole dilahirkan pada 26 Januari 1973di Kristiansund, Norway. Memiliki ketinggian 5 kaki 10 inci. Dia menyarung jersi bernombor 20 dan bermain di bahagian posisi serangan Man Utd. Juga boleh bermain di posisi sayap kanan United. Mula bermain untuk Man Utd pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Balckburn pada 25 Ogos 1996. Ole dibeli dengan harga perpindahan sebanyak RM 10.5 juta dari kelab Molde. Ole merupakan pemain United yang setia di mana dia telah menolak tawaran bermain di pasukan Liga Perdana Inggeris yang lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Dia pernah mewakili Norway sebanyak 61 kali dan berjaya menjaringkan 21 gol.
 
________________________________________________________________________
 
 
DAVID BELLION
Bellion dilahirkan pada 27 November 1982 di Paris, Perancis. Memiliki ketinggian 6 kaki. Dia menyarung jersi bernombor 12 dan bermain di bahagian posisi serangan Man Utd. Juga boleh bermain di posisi sayap kanan United. Mula bermain untuk Man Utd pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wolves pada 27 Ogos 2003. Bellion menandatangani kontrak bersama United selepas dilepaskan oleh kelab lamanya Sunderland.
 
 
 
Back to THE TEAM page